Hi, kita bertemu lagi.

Kami membawa kepada anda sebuah video baru. Oh tidak! Ia bukan sebuah video lucah yang direka semata-mata untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Ia jauh lebih menarik daripada itu. Ia adalah berkenaan dengan mengundi.

Hak mengundi adalah hak asasi kepada semua warganegara. Ia juga merupakan satu-satunya saluran warganegara menentukan halatuju ekonomi, politik, dan social Malaysia. Oleh sebab demikian, ia adalah amanah penting bagi kita semua yang kesannya menjangkaui seumur hidup kami, malah amat memerlukan perhatian serius bukan sahaja untuk diri kita, malah demi anak cucu kita.

Kami berharap anda suka video ini. Seperti semua projek-projek kami, ia adalah suatu usaha bukan-partisan. Ia menampilkan warga biasa dan beberapa individu terkenal seperti ahli-ahli politik, usahawan, pemuzik, pelakon, ahli sukan dan seorang watak Star Wars. Video dirakamkan di sekitar Kuala Lumpur tetapi semangatnya meliputi seluruh pelusuk Malaysia.

Jika anda sukakan video kami, sila muat turunnya secara percuma dan tayangkannya kepada kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga. Akhir sekalli, jangan lupa bantu kami untuk menyebarkan video ini dengan menggunakan banner melintang dan kod embed yang dibekalkan. Jumpa nanti di pusat mengundi!

MASUK

Bookmark and Share

VIDEO

Kod Video

Sila salin kod di bawah untuk muatkan video ini di laman anda.

Muat Turun

  1. Saiz Biasa 640x480 (140 MB) 5732 downloaded
  2. 1080p HD (275 MB) 6150 downloaded
  3. Mobil 480x360 (72 MB) 5970 downloaded
  4. MP3 (6.5 MB) 1745 downloaded

Undilah Facebook Picbadges

www.picbadges.com/undilah/2282022/

Banner Rentang

Sila salin dan tampal kod di bawah untuk muatkan banner rentang di blog dan/atau laman web anda.

Penghias Skrin

Skrin Biasa, Skrin Lebar, iPhone, iPad

Penerbit

Pete Teo - Penerbit Eksekutif

Pete Teo adalah seorang ahli muzik/pelakon/penerbit. Album-album beliau pernah memenangi pelbagai anugerah di Anugerah AIM Malaysia dan muziknya juga pernah disiarkan di peringkat antarabangsa di BBC World Service, National Public Radio, Canadian Broadcasting Corporation, KBS dan NHK. Filem-filem yang dihasilkannya juga pernah ditayangkan dan bertanding dalam festival-festival filem termasuklah di Venice, Cannes, Tokyo, Rotterdam, Berlin, Busan, Golden Horse Taipei, Toronto, Pompidou Centre Paris dan Hong Kong.

Selain daripada menghasilkan karya-karya seni, Pete Teo turut menghasilkan projek video sosio-politik yang berpengaruh seperti Here In My Home dan 15Malaysia dan kedua-duanya sudah ditonton jutaan rakyat Malaysia. Hasil kerja terbaru beliau adalah menggubah muzik untuk filem 'Talentime' Yasmin Ahmad, menggondol anugerah 'Song Of The Year' pada Anugerah Juara Lagu melalui lagu 'Pergi' dan memegang watak sokongan utama dalam filem komersial akan datang Afdlin Shauki 'Papadom 2'.

CNN Go menyenaraikan Pete di antara 135 orang yang mencuri tumpuan di Asia pada tahun 2010. Selain daripada menyiapkan album barunya yang sudah lama tertangguh, beliau juga kini dalam proses perbincangan beberapa usahasama dan projek dokumentari istimewa.

Profail wiki beliau di sini dan laman webnya di sini.

Albert Law – Penerbit Bersama

Albert Law adalah rakan lama dan rakan kongsi usahasama Pete Teo. Mereka mula kenal sekitar tahun 2000 sewaktu kedua-duanya masih lagi merupakan penyanyi dan penulis lagu yang baru bertatih. Beliau menjadi penolong penerbit kepada Pete.

Sewaktu mereka bersama menerbitkan Here In My Home pada tahun 2008. Usahasama mereka berlanjutan kepada projek 15Malaysia dan sekarang 'Undilah'. Selain daripada Pete, Albert juga pernah bekerja dengan pengarah-pengarah indie di Malaysia seperti Tan Chui Mui dan Ho Yuhang dalam projek filem mereka.

Bahir Yeusuff – Penerbit Bersama

Bahir Yeusuff pernah menghasilkan 3 filem rencana dan juga iklan dalam talian untuk Grey Worldwide. Pada tahun 2010, beliau menghasilkan video untuk inisiatif "Teach for Malaysia", satu iklan komersial TV untuk ASEAN Basketball League yang dikeudarakan oleh ESPN Asia. Bersama dengan rakan pengarahan tetap beliau Benji Lim, beliau menghasilkan filem pendek 'Meter' untuk projek 15Malaysia Pete Teo pada tahun 2009. Projek terbaru Bahir adalah filem rencana baru Khai M. Bahar iaitu 'Relationship Status'.

Soalan Lazim

Siapakah yang patut saya undi?
Di bawah sistem demokrasi, pendirian politik anda adalah hak muktamat peribadi anda sendiri. Kami tidak berminat langsung tentang tuju-hala undian anda, asalkan anda mendaftar dan mengundi!
Apa yang saya perlu lakukan untuk mengundi?
Anda mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Anda juga mestilah seorang pengundi berdaftar.
Bagaimana saya mendaftarkan diri sebagai pengundi?
Ada banyak pertubuhan sukarela, NGO dan parti politik yang mempromosikan pendaftaran pengundi di tempat-tempat awam dan juga sewaktu majlis-majlis mereka. Anda boleh mendaftar melalui mereka. Anda juga boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos. Anda cuma perlu bawa kad pengenalan dan tanya di kaunter. Ia sangat mudah dan prosesnya hanya kira-kira 10 minit.
Bila saya perlu daftar?
Anda boleh mendaftar sebagai pengundi pada bila-bila masa. Namun, jika anda mahu mengundi dalam pilihan raya akan datang, sila daftar secepat mungkin. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh akhir pendaftaran adalah 3 bulan sebelum tarikh pilihan raya. Ini bermakna, anda hanya layak mengundi jika sudah mendaftar 3 bulan sebelum tarikh pilihan raya umum.
Siapa yang membiayai projek ini?
Projek ini tidak dibiayai oleh sesiapa. Bajet penerbitannya adalah sifar. Semua mereka yang terlibat dalam projek ini melakukannya secara sukarela dan percuma. Peralatan penerbitan juga dipinjam. Pelayan laman web dan khidmat rekabentuk juga adalah hasil sumbangan. Kami terbitkan Projek Here In My Home juga dengan cara yang sama.
Projek ini cetusan idea siapa?
Projek ini adalah buah fikiran Penerbit Projek iaitu Pete Teo. Beliau meyakinkan Afdlin Shauki untuk turut sama terlibat sewaktu mereka sama-sama di Melbourne untuk satu festival filem pada Oktober 2010. Namewee pula dijemput untuk bekerjasama beberapa minggu kemudian. Namun, kerumitan dalam penjadualan membuatkan penerbitan hanya dapat berjalan dengan sempurna bermula suku kedua tahun 2011. Rakaman utama berlangsung selama 3 hari dalam bulan Mei, melibatkan 40 pelakon utama dan 9 lokasi. Rakaman tambahan berlangsung kemudian dengan pelbagai lagi pelakon dan lokasi.
Siapa yang menggubah lagu?
Namewee menggubah lagu dan senikata Mandarin. Afdlin Shauki dan Sassi Tharan Rajoo pula menyumbangkan senikata Melayu dan Tamil. Rakaman lagu berlangsung di studio peribadi Namewee, Afdlin dan Pete Teo. Susunan asal lagu adalah tanpa bahagian perkataan yang diucapkan pada pengenalan dan 'bridge' lagu. Pete merakam dan memasukkan bahagian itu sewaktu pasca penerbitan.
Siapa pembikin video?
Albert Law dan Bahir Yeusuff menerbitkan video ini di bawah seliaan Penerbit Projek iaitu Pete Teo. Benji Lim bertindak sebagai pengarah, Steve Long pula merakam video dan Khairil M Bahar menyuntingnya. Kedua-dua Khairil dan Benji pernah mengarah filem-filem pendek Projek 15Malaysia Pete Teo pada tahun 2009. Kakitangan lain yang dikongsi di antara dua projek ini adalah pelakon dan juga kru rakaman serta kakitangan pentadbiran dan pengurusan penerbitan.
Berapa ramai yang terlibat?
Secara keseluruhannya lebih 160 orang terlibat dalam pelbagai aspek penerbitan video dan muzik untuk projek ini. Ia termasuklah pelakon, kru, sukarelawan, penyunting, penyanyi, penterjemah, pereka laman web, penyedia laman web dan kakitangan pengurusan penerbitan. Sila rujuk laman penghargaan laman web ini.
Bagaimanakah pemilihan pelakon dibuat?
Pelakon-pelakon utama kami terdiri daripada personaliti dikenali di Malaysia dan semua dijemput terlebih dahulu sebelum penggambaran bermula. Kru dan sukarelawan penerbitan biasanya dipanggil pada bila-bila masa sahaja untuk turut sama terlibat. Pelakon jalanan seperti tukang gunting, peruncit, penjual ikan, pelajar dan lain-lain adalah orang ramai yang kami jumpa sewaktu rakaman dilakukan dan bersetuju untuk terlibat secara spontan. Mereka bukan pelakon terlatih. Nama mereka dicatat dan diberikan penghargaan dalam video kami secara terperinci yang mungkin. Kami meminta maaf jika ada yang tercicir. Namun, kami tetap merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang bersetuju untuk terlibat dalam video ini.
Bagaimana saya boleh membantu usaha anda?
Anda boleh bantu kami dengan mengajak seramai mungkin rakan-rakan dan ahli keluarga menonton video ini. Untuk memudahkan anda, kami telah sertakan kod untuk anda 'cut' dan 'paste' ke laman web anda. Kami juga menyediakan kain rentang untuk membantu kami menghebahkan video ini. Anda dialu-alukan untuk memuat turun lagu dan video ini secara percuma ke komputer dan juga telefon anda.
Bagaimana saya ingin memberi komen terhadap video ini?
Sila tinggalkan komen anda pada lama Youtube video ini. Anda juga boleh sertai laman Facebook kami dan tinggalkan komen di sana. Ikut kami di Twitter untuk terus berhubung.
Bagaimana jika saya ingin turut serta dalam projek akan datang?
Kami tidak dapat menjangka bila projek seterusnya akan berlangsung. Namun, kami memerlukan bantuan ramai orang apabila kami mempunyai projek dan bantuan anda amatlah dialu-alukan. Sila ikut Pete Teo di akaun Twitter dan Facebook beliau untuk maklumat berkenaan projek akan datang.

Penghargaan

Menampilkan

@Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Meng, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Tengku Razaleigh Hamzah, Namewee, Afdlin Shauki, Pete Teo, Benji Lim, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

Sukarelawan

Allavneen, Amanullah, Ananthi, Arbaiyah Arifin, Arun, Ashur Aiman, Bee Tong, Cassie Goh, Choong Ooi Khang, Darniyati, Dr. Tan, Edward Ong, Elaine Tan, Emily Tan, Foo Guan Foong, Hari Krishnan, Ho Sze Chieng, Ivan Slowee, Jabba the Hutt, Jack Lee, Jeniffer Anne, Jinu, K.F. Ng, Kader Maideen, Kajtijah, Kong Si Ying, Lee Sheng Wang, Liew Yan Bin, Liew Ye Tzer, Maggie Liew, Mervyn Lee, Ms. TS-29-30, Muhammad Nur, Nagaraj, Nainav, Najwa Amira, Nalla Ibrahim, Ng Yu Sheng, Nikken Chong, Nur Adlina Izuddin, Pantian, Phui Mun, Priya Kulasagaran, Rahim, Rajan, S. Aimeer, Raravanan, Shalini Rajakumar, Suraya Amer, susan, Uncle Ismail & Ms. Hanis, Vinoth Kumar, Wong Mee Len, Yati, Yewi, Zahar Ahmad, Zahier Zamri, Zaim 'Baszm' Zaidee

Penerbit Eksekutif

Pete Teo

Penerbit

Albert Law & Bahir Yeusuff

Penerbit Bersekutu

Afdlin Shauki & Fred Chong

Pengarah

Benji Lim

Pengarah Fotografi

Steve Long

Editor

Khairil M. Bahar

Pengurus Produksi

Abbas Yeusuff

Pembantu Kamera

Simon Ping

Pembantu Produksi

Aizat Naim, Ong Chun Wai, Sandie Lee, Teh U-Jinn

Bunyi Lokasi

Michael Leow

Penerbit Muzik

Afdlin Shauki, Fred Chong, Namewee, Pacai, Pete Teo

Komposer

Namewee

Penulis Lirik

Afdlin Shauki, Namewee, Pete Teo, Sassi Tharan Rajoo

Suara Latar

Abbas Yeusuff, Arwin Muruga, Albert Law, Lakshwin Muruga, Lvinn Law, Nurul Izzah Anwar, Dinah S, Winnie Chiang, Zewen, Elise Yong

Juru Gambar

Azrul K. Abdullah

Peralatan

Fred Chong

Perkhidmatan Web

Simon Lim

Pereka Laman Web

Tommy Ng

Penterjemah

Albert Law, Copyleft Studio, Emily Tan, Fahmi Fadzil, Khang Tsung Hui

Penghargaan Istimewa

Air Adventure flying club, Banana Leaf Restaurant, Bot Hong, Church of St. Francis Xavier, Common Wisdom Teashop, David Hiscock, Global Green Synergy Sdn Bhd, Ho Yuhang, John-son oei, Joseph Lim, Kenneth Tan, Little India Jewellers Sdn Bhd, Malaysian Parliament, Masjid Al-Taqwa TTDI, Neil Foo, Restoran Yuk Kee, Sam Lim Eng Sim, Sri Mahamariamman Temple, Taman Tun Supermarket, Thean Hou Temple, Y&R Malaysia.

Pautan

Electoral Commission Electoral Roll Database
Check here to be sure you are registered.
What Do You Want?
A University education that won't break the bank? Why cigarettes are so damn expensive? Do you ever wonder how stuff gets decided? Do you find the situation unfair? This campaign will help you understand why.
UndiMsia!
Why should you vote? What issues are relevant?
National Institute for Democracy & Electoral Integrity
A resource site works towards free and fair elections in Malaysia by providing information and education.
KOMAS Voter's Rights Page
Pusat KOMAS sedang melaksanakan program pendidikan kewarganegaraan untuk meningkatkan kesedaran hak-hak asasi manusia berdasarkan urustadbir baik dan meningkatkan penyertaan rakyat dalam urustadbir kerajaan.
If you are a voter registration or voter education organisation that is interested to be linked here, please contact us.